fb fb fb fb fb

70 'bayi merdeka' dijangka lahir di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 31 Ogos- Seramai 34 'bayi merdeka' dilahirkan di Terengganu setakat pukul 10.00 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah kelahiran tertinggi dicatatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu sebanyak 25.

Ia diikuti empat kelahiran di Kemaman, dua di Setiu serta masing-masing satu kelahiran di Besut, Dungun dan Hulu Terengganu.

Menurut Datuk Dr. Kasemani, bayi pertama dilahirkan pada pukul 12.24 tengah malam di HSNZ.

"Sebenarnya kami ingin meraikan 'bayi-bayi merdeka' di HSNZ ini, jadi setakat pukul 12.00 malam tadi hingga 10.00 pagi terdapat 34 bayi dilahirkan.

Daripada jumlah itu, 17 adalah bayi lelaki dan 17 perempuan," katanya selepas program Menyemai Kasih Rakyat Jabatan Pendaftaran Negara sempena Hari Kebangsaan 2022 di Pusat Rawatan Ibu dan Anak HSNZ di sini.

(Datuk Dr. Kasemani (tengah) bergambar bersama 'bayi merdeka' di HSNZ)

Sementara itu, beliau menjangkakan kira-kira 70 'bayi merdeka' akan dilahirkan di Terengganu sehingga tengah malam ini.

Media Baharu