fb fb fb fb fb

Lebih 5,000 meriahkan Konsert Ambang Merdeka KESEDAR

GUA MUSANG, 31 Ogos- Lebih 5,000 warga Kelantan membanjiri dataran Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Gua Musang bagi menjayakan Konsert Ambang Merdeka KESEDAR dengan kerjasama RTM Zon Timur malam tadi.

Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir Mohammad Zakey berkata, walaupun berlangsung dalam keadaan cuaca hujan, namun ia bukan penghalang bagi mereka memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Konsert dirasmikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular tanah air seperti Zarul Umbrella dan Rahmat Mega.

"Kalau ikut cuaca hujan, saya jangkakan penonton kurang, tetapi disebabkan pandemik sebelum ini dua tahun, penduduk menunggu masa yang sesuai untuk mendapatkan sedikit hiburan di Gua Musang," katanya selepas Konsert Ambang Merdeka KESEDAR di sini.

(Ribuan warga Kelantan meriahkan Konsert Ambang Merdeka KESEDAR)

Pelbagai acara menarik diadakan sempena konsert berkenaan antaranya cabutan bertuah, persembahan dikir barat dan pertunjukan bunga api.

Media Baharu