KUALA LUMPUR, 21 April- Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada pukul 6.21 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 161 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 80km.
(Foto hiasan)
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.