fb fb fb fb fb

Dua maut, Perodua Myvi bertembung bas ekspres

(Keadaan bas ekspres selepas bertembung dengan kereta Perosua MyVi di Kampung
Sungai Ikan, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini)

KUALA TERENGGANU, 21 April- Kemeriahan menjelang Aidilfitri bertukar tragedi selepas pasangan suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera selepas kereta dinaiki bertembung bas ekspres di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus. di sini.

Mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46, dari Felda Belara, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, berkata kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari itu berlaku ketika bas ekspres tersebut dengan 30 penumpang termasuk pemandu dan kelindan menuju Kuantan, Pahang dari arah Kota Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Sungai Ikan, kereta dipandu Che Ku Yusoff Ali dari arah bertentangan telah masuk ke laluan bas ekspres.

“Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu bas ekspres berusia 51 tahun gagal mengelak lalu bertembung dengan kereta Perodua Myvi dinaiki keluarga malang tersebut.

(Keadaan kereta Perodua Myvi dipandu Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong yang remuk selepas bertembung
dengan bas ekspres di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini)

“Pemandu dan penumpang kereta yang juga suami isteri maut di tempat kejadian manakala anak perempuan berumur 18 tahun dirawat di HSNZ,” katanya ketika
Mereka sekeluarga dikatakan dari Bandi Seri Bandi Kemaman ingin pulang menyambut Aidilfitri di Felda Belara.

Katanya, pemandu serta tujuh penumpang bas yang cedera dan dirawat di HSNZ, Kuala Terengganu dan Hospital Setiu .

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Media Baharu