fb fb fb fb fb

Gempa kuat landa Sumatera, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia

(Foto Twitter @metmalaysia)

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Gempa kuat berukuran 6.3 magnitud yang melanda Sumatera di Indonesia pagi tadi, tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Twitter rasminya.

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada 1.8 darjah utara dan 97.8 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer (km) dari Nias, Indonesia.

"Gempa bumi kuat 6.3 magnitud di utara Sumatera, Indonesia pada pukul 6.30 pagi ini.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," jelasnya.

(Foto Twitter @metmalaysia)

 

Artikel berkaitan: 
Gempa bumi 6.2 magnitud landa Sumatera

Media Baharu