PETALING JAYA, 25 September - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud berlaku di Venezuela pada pukul 6.21 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 1,537 km utara dari Iquitos, Peru.
Menurut MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.