fb fb fb fb fb

Gempa kuat gegar luar pantai timur Kamchatka

Foto facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA, 30 Julai - Gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.4 berlaku di luar pantai timur Kamchatka pada pukul 8.16 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 52.3° utara dan 159.6° timur, iaitu kira-kira 96 kilometer tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia pada kedalaman 48 kilometer.

MET Malaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

ROSLINA BINTI DIN