fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami

Foto FB MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 8.22 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.6 darjah selatan dan 102.2 darjah timur, dengan kedalaman 70 kilometer (km).

Menurut MetMalaysia, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira 199 km ke selatan Bengkulu, Indonesia.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian gempa bumi tersebut.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN