fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia

Foto METMalaysia

KUALA LUMPUR, 2 November - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 melanda Laut Banda, Indonesia pada 11.09 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 172 kilometer (km) itu, berlaku pada jarak 453 km selatan dari Ambon, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

EMMI NORALIZA ADNAN