fb fb fb fb fb

Gempa bumi Sederhana 5.2 magnitud gegar sempadan Myanmar-India

PETALING JAYA , 21 Januari - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud telah berlaku di rantau sempadan Myanmar-India pada 6.12 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa berpusat 23.0° Utara dan 93.7° Timur pada kedalaman 73km dengan jarak 181km Barat Laut dari Monywa, Myanmar.

Penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Media Baharu