KUALA LUMPUR, 18 Januari- Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada pukul 2.06 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 163 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 67km.
(Foto fail)
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.