fb fb fb fb fb

316 penerbangan tambahan diluluskan sempena TBC

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Sebanyak 316 penerbangan tambahan diluluskan kepada enam syarikat penerbangan, sempena Tahun Baharu Cina (TBC).

Untuk itu, syarikat terbabit serta pihak lapangan terbang telah membuat pelbagai persediaan bagi menghadapi peningkatan jumlah penumpang, pada hujung minggu ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Datuk Seri Saripuddin Kasim, pasukan pengendali gangguan juga ditubuhkan bagi memberi maklum balas.

Sekali gus menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku secepat mungkin.

"Hendak mereka sentiasa bersiap sedia, mesti berkomunikasi dengan penumpang, kalau tidak penumpang tidak puas hati kerana penumpang sekarang alhamdulillah ramai sudah tahu hak mereka.

"Umpama kalau kita lewat lebih dua jam, mereka berhak mendapat penjagaan seperti makanan ataupun wifi dan sebagainya.

"Kalau lebih lima jam mereka layak diberi penginapan dan sebagainya. Mereka sudah tahu hak mereka jadi kita nak supaya syarikat penerbangan tampil ke depan, jangan tunggu orang mengadu," katanya.

(Datuk Seri Saripuddin Kasim)

Beliau menyatakan demikian dalam rancangan terbitan RTM di Wisma Berita, Angkasapuri.

Media Baharu