fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti keperluan tambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Sarawak - PM

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 18 Januari - Kerajaan meneliti keperluan menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata keperluan itu susulan peningatan jumlah kes.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dalam sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya)

"Dikemukakan juga cadangan mengenai penambahan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak. Jadi kita berikan sedikit keutamaan terutamanya penambahan jawatan-jawatan kerana meningkatnya kes-kes di Sabah dan Sarawak," katanya.

Anwar berkata, proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi untuk Sabah dan Sarawak perlu dirujuk kepada Yang Dipertua Negeri masing-masing.

"Kalau ikut dalam peraturan fasal Perlembagaan kena rujuk Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Mesyuarat turut bersetuju supaya kerajaan melihat kedudukan bangunan mahkamah di Sabah dan Sarawak yang ada dikesan agak daif.

Media Baharu