fb fb fb fb fb

Pesuruhjaya kanak-kanak dilantik anggotai Suhakam - Anwar

PUTRAJAYA, 18 Januari- Kerajaan memutuskan melantik pesuruhjaya kanak-kanak menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ia dalam usaha menangani kes penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak itu juga sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.

"Kita juga telah meminta supaya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mempengerusikan jawatankuasa sosial untuk meneliti semua masalah-masalah yang terkait juga di bawah penyelenggaraan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas pasca mesyuarat kabinet Kerajaan Perpaduan, di sini hari ini.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim( tengah) pada sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini/Foto Bernama)

Media Baharu