fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea

(Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia/Google)

PETALING JAYA, 3 April- Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea (PNG) pada 2.04 pagi, menurut Jabatan Meteorologi.

Gempa berpusat 4.3 darjah Selatan dan 143.3 darjah Timur dengan kedalaman 93 kilometer.

Menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia, pusat gempa dikesan 83 kilometer Barat Daya dari bandar pesisir pantai Wiwak.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea/Google)

Media Baharu