fb fb fb fb fb

Gempa bumi 6.2 magnitud landa Papua New Guinea

FOTO METMALAYSIA

KUALA LUMPUR, 5 September- Satu gempa bumi kuat dengan ukuran 6.2 magnitud berlaku berhampiran pantai utara Papua New Guinea pukul 9.03 pagi tadi.

Jabatan Meterologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa tersebut berlaku pada jarak 80 kilometer (km) timur dari dari Wiwak, Papua New Guinea.

Menurutnya kejadian berpusat pada kedalaman 44km pada koordinat 3.5 Selatan dan 144.3 Timur.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

SITI AISHAH MD ISA