fb fb fb fb fb

Gempa 6.1 gegar Sumatera, gegaran dirasai di Barat Semenanjung

KUALA LUMPUR, 25 Februari- Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala richter dilaporkan berlaku di wilayah Sumatera Barat pada pagi ini, kira-kira pukul 8.39 pagi waktu tempatan atau 9.39 pagi waktu Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan ringkas memaklumkan, gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer utara Sumatera, Indonesia atau kira-kira 76 kilometer barat laut Paya Kumbuh Indonesia.

Gegaran turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Berdasarkan penilaian awal, gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia melaporkan gempa berukuran 6.2 itu juga tidak berpotensi tsunami.

Pusat gempa dilaporkan berada di darat 17 kilometer Timur Laut Pasaman Barat.

Setakat berita ini dikeluarkan belum ada penjelasan terperinci mengenai kerosakan atau korban akibat gempa gempa tersebut.

Media Baharu