KUALA LUMPUR, 7 Jun- Gelombang haba yang diramal berlaku pada penghujung bulan September ini dijangka berlaku pada tahap satu dan dua.
Perubahan fasa Monsun Barat Daya telah bermula dan dijangka berlaku kekurangan taburan hujan di kebanyakan negeri di Malaysia.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Ambun Dindang berkata orang ramai harus cakna dengan keadaan cuaca semasa, walaupun berada dalam musim Monsun Barat Daya.
"Ribut petir dan angin kencang itu masih boleh berlaku.
"Gelombang haba itu tetap ada, tapi kita tidak menjangkakan dia sampai ekstrem... ekstrem bermaksud melebihi 40 darjah Celsius.
"Dan yang lebih penting ialah musim-musim Monsun Barat Daya ini kekurangan air, jadi itu kena berjimatlah.. berjimat dengan penggunaan air," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.
Tambahnya lagi, fenomena jerebu boleh berlaku jika musim kemarau itu berpanjangan maka beliau menasihati orang ramai untuk menggelakkan daripada melakukan pembakaran terbuka.