fb fb fb fb fb

Gejala sosial: 1,091 pelajar IPT dijangkiti HIV

Keruntuhan nilai moral dan gejala sosial generasi muda membimbangkan.

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Lebih seribu pelajar institusi pengajian tinggi direkodkan menghidap HIV bagi tempoh empat tahun dari 2020 hingga 2024.

Lebih membimbangkan 222 kes baharu direkodkan tahun lalu dengan majoriti penghidap berumur antara 18 hingga 19 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan, ia isyarat keruntuhan nilai moral dan gejala sosial yang membimbangkan dalam kalangan generasi muda.

Beliau menegaskan sudah tiba masanya semua pihak menolak normalisasi maksiat atas nama kebebasan peribadi dan kembali memperkukuh akhlak serta rohani dalam kehidupan seharian.

Beliau turut menyeru agar golongan pelajar menjaga maruah dan nilai diri serta memahami bahawa agama adalah panduan utama kehidupan.

Agensi agama, NGO dan institusi pendidikan diseru berganding bahu menyelamatkan generasi pewaris bangsa daripada terus hanyut dalam arus kemodenan yang tidak terkawal.

Kerajaan MADANI kekal komited membina masyarakat berintelek tinggi dan sihat dari sudut spiritual dan akhlak, demi menjamin masa depan negara yang lebih sejahtera.

HASRON BIN HASSAN