fb fb fb fb fb

Gejala awal penyakit HFMD sama seperti COVID-19

(Khairy Jamaluddin ketika bertemu para pengamal media pada Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Pusat Konvesyen Anatarabangsa Putrajaya (PICC)/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Mei - Peningkatan mendadak kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di seluruh negara.

Ibu bapa diminta peka dengan tahap kesihatan anak-anak dan segera membawa mereka mendapatkan rawatan sekiranya menunjukkan gejala awal dijangkiti penyakit tersebut.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, gejala awal penyakit HFMD adalah sama seperti COVID-19 iaitu mengalami demam pada peringkat awal.

"Dan sekiranya ada gejala penyakit tersebut, saya minta ibu bapa segera bawa anak mereka ke doktor supaya dapat kesan HFMD. Mungkin kerana dah dua tahun mereka ingat demam tu mungkin COVID mungkin benda lain. Dia tak tahu yang itu HFMD, anak mereka terus ke sekolah dan terus merebak HFMD. HFMD ni jangkitan virus jadi itu yang menyebabkan kes naik dengan mendadak," kata Khairy ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan di sini.

(Khairy ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan)

Tambahnya, ketika ini semua negeri telah menunjukkan peningkatan mendadak kes HFMD.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan semua jabatan kesihatan negeri supaya melaksanakan tindakan intervensi dan hebahan maklumat kepada masyarakat mengenai penyakit tersebut.

Media Baharu