fb fb fb fb fb

PM hadir Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan hari ini

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri Dan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2022/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 17 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Ketibaan Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu berwarna merah pada sekitar pukul 12 tengah hari disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiitri Dan Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2022 di Kompleks Kementerian Kewangan/BERNAMA)

Turut hadir, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Majlis itu dihadiri kira-kira tujuh ribu tetamu.

Media Baharu