fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air di Kedah, 7,000 akaun pengguna terjejas

Foto BERNAMA

BALING, 29 Januari- Sebanyak 7,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di daerah Baling, Kedah dijangka mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga 31 Januari.

Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) berkata ia susulan henti tugas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau, Baling bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penukaran kayu 'baffle' di loji berkenaan yang dijangka selesai pada Rabu ini.
 
Penukaran kayu itu merupakan salah satu skop kerja di dalam komponen projek menaik taraf LRA Sungai Limau yang sedang berjalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah.
 
"Antara lokasi terjejas termasuk sekitar kawasan Pak Bong (Kampung Carok Kancar, Kampung Tiak, Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Bok Bak, Padang dan Kuala Kuang), Relau (Kampung Relau, Kampung Carok Bakong, Kampung Baru Dalam Wang, Kampung Carok Kelian) dan Rambong (Kampung Rambong Kupang, Kampung Caruk Rambai, Kampung Pisang).
 
"Turut terjejas sekitar Kuala Pegang meliputi Pekan Kuala Pegang, Kampung Kuala Balut, Ketemba, Keledang, Kampung Dara, Kampung Caruk Kapas, Lubuk Kabu, Mengkuang Hujung, Mengkuang Tengah, Taman Sri Jaya Kuala Pegang, Kampung Padang, Bukit Hitam, Kampung Tas, Caruk Kelian, Tebing Tinggi, Banggol Serdang, Guar Reban, Kampung Sungai Tembak, Kampung Pegang, Lanai, Sungai Tas, Taman Bemban Lama, Sekolah Menengah Syed Abu Bakar, Tanjung Langsat dan Kawasan sekitar," menurut kenyataan tersebut.

Jelas SADA, bagi mengurangkan beban pengguna, SADA akan menggerakkan bantuan penghantaran bekalan air melalui lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti klinik kesihatan, pusat dialisis, upacara pengebumian dan sebagainya.
 
Pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM