fb fb fb fb fb

Gaji minimum RM1500 anjakan paradigma buat pekerja B40

BAYAN LEPAS, 9 Mei- Pelaksanaan gaji minimum RM1500 merupakan anjakan paradigma yang akan memanfaatkan pekerja dalam golongan B40.

Ketua Pegawai Eksekutif MDI Fortune Sdn Bhd, Mohamad Ashraf Mohd Iqbar berkata, ia merupakan satu langkah bagi meningkatkan aspek sosioekonomi dan memberi impak luar biasa kepada golongan tersebut.

"600 pekerja yang bekerja dengan saya semuanya adalah golongan B40, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peningkatan RM1500, maka semua orang bertubi-tubi mesej saya bertanyakan sama ada ia benar atau tidak dan saya menjawab betul.

Ia merupakan satu anjakan paradigma selaras inisiatif Keluarga Malaysia, kita telah dapat bersatu padu dan gaji minimum RM1500 ini akan memberi impak sangat positif kepada semua rakyat kita," katanya.

(Mohamad Ashraf Mohd Iqbar, Ketua Pegawai Eksekutif MDI Fortune Sdn Bhd)

Tambah beliau, inisiatif tersebut juga membuktikan kerajaan cakna dalam menjaga kebajikan pekerja terutama membantu mereka berhadapan keadaan getir sewaktu pandemik COVID-19 serta mengurangkan kadar pengangguran.

Media Baharu