
KUALA KEDAH, 9 Ogos – Pemantauan ibu bapa terhadap penggunaan gajet atau telefon pintar dalam kalangan remaja atau kanak-kanak amat penting untuk melindungi mereka daripada pengaruh anasir negatif.
- Pengguna media sosial digesa berhati-hati dan jangan muat naik atau kongsi maklumat tidak benar.
- Penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai menurut SKMM Negeri Kedah.
- Internet boleh memberi manfaat atau kemudaratan jika tidak digunakan secara selamat; kempen menekankan penggunaan yang berhati-hati.
- Karnival Kempen Internet Selamat menganjur ceramah dan sesi tentang modus operandi jenayah penipuan siber serta penipuan dalam talian.
Pada masa sama, pengguna media sosial diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memuat naik atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak benar.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Kedah, Zairulnahar Zakaria berkata, penyebaran maklumat tidak tepat boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
“Internet ini sama ada boleh memberi manfaat atau menimbulkan kemudaratan jika kita tidak menggunakan secara selamat. Apa yang kita laksanakan dalam Kempen Internet Selamat ialah kita berkongsikan ilmu dengan memberi pendedahan kepada semua pengguna agar berhati-hati dalam menggunakan media sosial.
“Sebagai contoh, kita akan menekankan apa yang perlu dibuat oleh pengguna-pengguna dalam memastikan penggunaan internet secara selamat,” katanya sempena Program Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Muzium Kota Kuala Kedah di sini.
Karnival tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab.
Antara aktiviti yang diadakan termasuk ceramah kempen internet selamat, modus operandi jenayah penipuan siber dan jenayah penipuan dalam talian.