KULIM, 28 April- Sebuah kilang memproses ayam di Taman Industri Waja, di sini, diarah menghentikan operasi serta-merta selepas didapati gagal membina Sistem Rawatan Efluen Industri bagi merawat air sisa sembelihan ayam.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan yang dijalankan semalam mendapati premis berkenaan memproses ayam dan mengalirkan air sisa buangan tanpa sebarang rawatan.
Menurut beliau, premis tersebut dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berkuat kuasa 27 April 2025.
Sharifah Zakiah berkata tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku.
Premis turut diarahkan melaksanakan langkah-langkah pembaikan segera bagi mengawal pencemaran.
Selain itu, Notis Arahan Seksyen 31 dan Seksyen 37 turut dikeluarkan kepada premis tersebut untuk tindakan sepanjang tempoh POK berkuat kuasa.
Sharifah Zakiah berkata kilang hanya akan dibenarkan beroperasi semula selepas JAS berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang dilaksanakan.
Beliau turut mengingatkan pihak industri supaya mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan berkaitan, selain memastikan tiada pencemaran berlaku terhadap alam sekitar.
Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar menerusi talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel ke