KUALA LUMPUR, 28 April- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bahawa perkhidmatan dalam talian (online) agensi itu sedang mengalami gangguan buat sementara waktu.
DBKL dalam kenyataan merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh gangguan tersebut.
"Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi DBKL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung status perkhidmatan," menurut kenyataan awal pagi tadi.
DBKL turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh warga kota susulan gangguan berkenaan.