fb fb fb fb fb

Warga emas maut dirempuh pacuan empat roda, pulang dari surau

Foto fail

KUALA TERENGGANU, 28 April - Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan pulang dari surau di Pengkalan Arang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata berkata dalam kejadian berlaku kira-kira 9.35 malam itu, mangsa Ali Mohamaed, 77, yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda, tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal keluar secara tiba-tiba, dari bahu kiri jalan dan melintas masuk ke laluan sama sebelum dirempuh pemandu 4x4 dari arah Kuala Terengganu ke Gong Badak," katanya menerusi kenyataan.

Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Beliau meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TETITIA YUSOFF