fb fb fb fb fb

Gagal pamer nombor pendaftaran, pemuda berdepan tindakan mahkamah

FOTO JPJ KEDAH

KUALA KEDAH, 5 Februari- Seorang pemuda berputih mata selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah kerana tidak mempamerkan nombor pendaftaran.

Lebih malang, lelaki berusia 22 tahun itu juga bakal berdepan tindakan mahkamah atas kesalahan tersebut.

Lelaki berkenaan ditahan ketika sedang menunggang motorsikal seorang diri di sekitar Kuala Kedah.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, hasil pemeriksaan, penunggang motosikal terbabit juga tidak memiliki lesen memandu serta membuat pengubahsuaian pada motosikal secara ekstrem.

Beliau berkata, kesalahan gagal mempamerkan nombor pendaftaran pada bahagian depan dan belakang kenderaan adalah tindakan mahkamah bawah Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Motosikal berkenaan turut disita mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.

“Pengubahsuaian motosikal secara ekstrem boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain apabila kenderaan tidak selamat digunakan.

"JPJ Negeri Kedah tidak akan bertolak ansur terhadap pemilik motosikal yang membuat pengubahsuaian sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain,"katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang aduan berkaitan boleh disalurkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. , atau menggunakan saluran e-aduan melalui aplikasi MyJPJ.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE