fb fb fb fb fb

Fun Walk Santunan Desa KEMAS 2025, kukuh silaturahim

Program Fun Walk Santunan Desa KEMAS 2025 di Denai Larian Pengkalan Asam, Kangar

KANGAR, 17 Ogos – Seramai 300 peserta menyertai Program Fun Walk Santunan Desa KEMAS 2025 yang berlangsung di Denai Larian Pengkalan Asam, di sini hari ini.

Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, program anjuran KEMAS itu bertujuan memperkukuh silaturahim dalam kalangan penduduk setempat selain memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah santai.

"Penganjuran program sedemikian bukan sahaja memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kesihatan fizikal, malah dapat memperkukuh ekonomi desa serta semangat kerjasama dalam komuniti," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Selain aktiviti berjalan kaki, pelbagai pengisian lain turut diadakan termasuk pameran komuniti, pemeriksaan kesihatan percuma serta gerai jualan usahawan tempatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI