fb fb fb fb fb

Cadangan wujudkan Kiosk MADANI di Johor, pastikan penyampaian perkhidmatan lebih pantas

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar melawat UTC Johor Bahru/ Foto FB Shamsul Azri bin Abu Bakar

JOHOR BAHRU, 17 Ogos - Kiosk MADANI bakal diwujudkan di negeri Johor bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih pantas.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, cadangan itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru.

Menurutnya, lawatan ke UTC ini bukan untuk mencari salah, tetapi memastikan perkhidmatan sampai dengan berkesan kepada rakyat.

"Sebelum pulang ke Putrajaya, saya sempat buat lawatan mengejut ke UTC Johor Bahru dan sempat bertanya pada pelanggan. Tidak ramai yang menyatakan rungutan. Cuma antara yang saya lihat boleh ditambah baik adalah kemudahan untuk OKU serta penambahan bangku di ruang menunggu agar lebih selesa," katanya.

MASNIZA AWANG KECHIK