fb fb fb fb fb

Fort Cornwallis dibuka sepenuhnya Julai 2025 sempena Hari Warisan Dunia

Chow Kon Yeow ketika meninjau tapak pembangunan semula Kota Cornwallis di Padang Kota Lama, Georgetown / Foto FB ChowKonYeow

GEORGE TOWN, 23 Mei - Bangunan bersejarah UNESCO di Pulau Pinang, Fort Cornwallis akan dibuka semula sepenuhnya Julai depan sempena Hari Warisan Dunia.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata proses pemulihan semula parit kubu di bahagian barat kini memasuki fasa akhir .

Pembinaan dan pemuliharaan semula lokasi bersejarah terbabit menerusi kerjasama awam swasta melibatkan kos keseluruhan RM23.4 juta.

" Walaupun bahagian dalam ada yang sudah siap dan ada yang masih berjalan dan dicadangkan parit kubu ini akan dapat disiapkan menjelang 7 Julai sempena Hari Warisan Dunia. Bagi projek ini menelan perbelanjaan lebih kurang RM15 juta dengan sumbangan bersama oleh pihak kerajaan negeri dengan Think City, " katanya selepas meninjau tapak pembangunan semula Kota Cornwallis di Padang Kota Lama, Georgetown.

Projek pemulihan dan Fort Cornwallis  bermula Julai tahun lepas dilakukan selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khusus dalam aspek bandar dan komuniti yang mampan serta tindakan iklim.

Selain Fort Cornwallis, Astaka Kota Selera yang baharu dinaik taraf akan dibuka secara rasmi bulan depan.

Astaka terbabit bakal menempatkan 26 gerai dan menampung sehingga 224 pelanggan pada satu-satu masa.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN