fb fb fb fb fb

Food Bank Malaysia selamatkan lebihan makanan

(FOTO FB YAYASAN)

KUALA LUMPUR, 4 April - Trend pembaziran lebihan makanan meningkat 15 hingga 20 peratus pada bulan Ramadan dan musim perayaan berbanding pada hari biasa.

Ini disumbang oleh beberapa pihak termasuk pembeli, peniaga dan penderma makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid berkata sehubungan itu pihaknya telah mengambil inisiatif mengumpul lebihan makanan yang masih elok untuk diagihkan kepada golongan terjejas di Lembah Klang termasuk di bandar dan pinggir bandar.

(Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid)

"Kita boleh pungut semua dari enam bulan ke tiga bulan hendak tamat tempoh itu kita bawa ke tempat kita dan kita akan edarkan ke NGO diluar sana yang tahu di mana boleh diagihkan lebihan makanan yang hampir luput ini.

"Orang-orang di luar sana ada yang tidak tengok kepada tarikh luput yang masih elok dari situlah kita kerajaan ada keluarkan satu Akta iaitu akta perlindungan penderma makanan. Jadi sesiapa yang memberi makanan kepada kita mereka dilindungi oleh undang-undang sekiranya orang yang diberi makanan oleh kita itu sakit," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambah Johan, kesedaran masyarakat mengenai isu pembaziran makanan juga masih di tahap rendah.

Media Baharu