KUALA LUMPUR, 1 MEI- Pengurangan subsidi telur ayam turut mendapat reaksi positif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Jelas Ketua Pegawai Operasi, Nur Asyikin Aminuddin, pihaknya menyambut baik langkah berkenaan namun pemantauan secara berterusan diperlukan agar tiada pihak mengambil kesempatan di atas pengurangan subsidi barang keperluan asas tersebut.
'' Kita berharap agar pemantauan dapat dipertingkatkan lagi supaya tiada pihak yang amik kesempatan dan di harap jaminan bekalan telur itu sentiasa memenuhi permintaab penggunalah supaya harga telur stabil dan berpatutan untuk dimiliki atau dibeli oleh semua rakyat '', katanya.
FOMCA turut menyeru agar pihak berkaitan terutama mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan tersebut dapat memainkan peranan agar bekalan tersebut tidak terputus demi kestabilan bekalan tersebut di pasaran dan kepentingan pengguna.