fb fb fb fb fb

Fokus bangunkan tiga daerah termiskin di Sabah

KOTA KINABALU, 8 Mac- Usaha mengeluarkan tiga daerah termiskin di Sabah melibatkan daerah Pitas, Kota Marudu dan Tongod merupakan antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan ia bakal dilaksana menerusi penyediaan projek-projek desa, prasarana serta kemudahan lain.

Perbincangan bersama dengan Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan dilaksana bagi merealisasikan hasrat Sabah, selain Jawatankuasa Teknikal yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.

"Ini adalah satu 'game changes' yang baharu oleh kerajaan negeri dan kami di KKDW pastinya akan melaksanakan melalui perbincangan yang kami akan adakan dengan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri, untuk memfokuskan ketiga-tiga daerah ini keluar daripada kelompok daerah miskin tegar atau antara daerah termiskin di Sabah," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau yang juga Menteri KKDW berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan KKDW Bersama Kerajaan Negeri Sabah 2023, di sini hari ini.

Mesyuarat turut membincangkan usaha mewujudkan estet padi di Sabah untuk memenuhi keperluan tempatan dan domestik, sekali gus sebagai stok bekalan makanan apabila diperlukan.

Media Baharu