fb fb fb fb fb

FINAS cadang perluas Dana Co-Pro untuk kandungan TV dan OTT

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib pada sidang media ASEAN Film dan TV Summit (AFTS) 2025 di FINAS Hulu Kelang /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bercadang memperluas Dana Co-Production (Co-Pro) kepada kandungan televisyen dan platform penstriman (OTT), bukan hanya tertumpu pada filem cakera semata-mata.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, langkah itu akan diperhalusi sebelum dibentangkan kepada Kementerian Komunikasi selaku pihak bertanggungjawab menguruskan dana berkenaan.

“Kadang-kadang orang industri salah anggap bila nampak FINAS ini untuk filem saja, sedangkan definisi filem di bawah akta FINAS merangkumi semua kandungan termasuk TV dan OTT,” Katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media ASEAN Film & TV Summit di ibu negara.

Kira-kira dua ribu lesen kategori pengeluaran dikeluarkan setiap tahun, 80 peratus daripadanya membabitkan syarikat yang menghasilkan kandungan melalui platform televisyen dan OTT, manakala selebihnya untuk pawagam.

SITI NOORAIN ABDULLAH