fb fb fb fb fb

Fiesta Belia Merdeka 2024 sasar penyertaan 10,000 belia

Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri Muhamad Fikri Abdul Aziz / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 September- Fiesta Belia Merdeka 2024 yang akan berlangsung 8 September ini akan menjadi platform penting untuk memperingati dan mengukuhkan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri Muhamad Fikri Abdul Aziz berkata, sambutan iu akan diadakan di Dataran Merdeka dan memberi peluang kepada belia Malaysia untuk memahami dan memanfaatkan hubungan global dalam konteks tempatan.

"Fiesta Belia Merdeka akan dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaleha Mustafa, ia bagi memberi kesedaran ataupun memberi maklumat kepada belia di Wilayah Persekutuan tentang betapa pentingnya hubungan Malaysia dengan negara China yang merupakan kuasa besar dunia, yang mana hubungan ini telah menjangkau 50 tahun.

"Jadi ini akan memberi satu kesedaran kepada belia peluang untuk menjelajah ke seluruh dunia salah satunya adalah negara China,"katanya.

Muhamad Fikri ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Beliau turut memaklumkan, Fiesta Belia Merdeka 2024 mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.

Sambutan itu disasar menerima kunjungan 10,000 belia dari Wilayah Persekutuan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE