fb fb fb fb fb

Isu autonomi pendidikan, kesihatan dibangkitkan dalam mesyuarat MA63

Mesyuarat MA63 di Sabah minggu hadapan, dipengerusikan sendiri Perdana Menteri. - FOTO RTM

KUCHING 4 September - Satu mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MA63) akan diadakan di Sabah minggu hadapan.

Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan sendiri Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memberitahu, isu autonomi pendidikan, kesihatan dan pertenderan perjawatan antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Katanya, ia perlu dibincang dan diputuskan dengan kadar segera, agar kerajaan negeri memperoleh kuasa pentadbiran untuk membuat keputusan yang terbaik.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-kanak di SMK Semerah Padi, Kuching hari ini.

Trainee2