fb fb fb fb fb

TPM ucap tahniah, Ziyad Zolkefli rangkul pingat perak

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 4 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamid mengucapkan tahniah atas kejayaan Ziyad Zolkefli meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Beliau menerusi hantaran laman sosial Facebook berkata, ia sebagai bukti dedikasi dan semangat juang atlet itu yang tidak pernah luntur.

Tambahnya lagi dengan lontaran sejauh 17.18 meter, Ziyad sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas dunia.

"Tahniah saya ucapkan buat Muhammad Ziyad Zolkefli atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara lontar peluru lelaki F20 di Sukan Paralimpik Paris 2024.

"Pencapaian ini adalah bukti dedikasi dan semangat juang Ziyad yang tidak pernah luntur.

"Syabas, Ziyad! Teruskan perjuangan mengharumkan nama negara" kata Zahid.

TETITIA YUSOFF