fb fb fb fb fb

Festival Ghontak Nogoghi tampil pelbagai seni persembahan, produk budaya tempatan

FOTO FB DATO' SERI UTAMA HAJI AMINUDDIN HARUN

PORT DICKSON, 26 Oktober - Festival Ghontak Nogoghi yang bertemakan “Lantai Adat, Laman Budayo” melabuhkan tirainya, hari ini.

‎Karnival anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan itu menampilkan pelbagai seni persembahan, adat istiadat, serta produk budaya tempatan.

‎Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Mazidah Mustapha, program turut menjadi medium penting dalam mempromosikan seni, budaya dan produk pelancongan Negeri Sembilan di peringkat dalam dan luar negara, khususnya menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

"Jika dilihat sepanjang tiga hari program kita berlangsung, Alhamdulillah, sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan. Malam tadi, kita dapat saksikan padang ini dipenuhi pengunjung.

"Saya percaya, kali ini dan jika digabungkan dengan jumlah kehadiran pada hari ini, kita yakin objektif program ini akan tercapai.

"Bagi promosi dan lawatan ke Negeri Sembilan pula, kami akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti seni dan budaya, dengan fokus memperkenalkan serta memperkukuh identiti seni budaya Negeri Sembilan," katanya di sini.

Beliau berharap penganjuran program sedemikian dapat menarik minat warga tempatan, khususnya golongan muda, untuk terus memelihara dan mempromosikan adat serta budaya warisan ini ke persada dunia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM