(Menteri Besar Negeri Sembilan beramah mesra bersama para pesilat
sempena Festival Gendang Silat Tradisi Negeri Sembilan/BERNAMA)
SEREMBAN, 7 Oktober- Festival Gendang Silat Tradisi dilihat dapat dijadikan sebagai satu platform untuk mempromosikan dan mewariskan warisan budaya kepada generasi muda.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata menerusi penganjuran festival itu beliau berharap agar kebudayaan gendang silat dapat dimasukkan ke dalam kokurikulum di peringkat sekolah supaya tradisi ini dapat terus dikekalkan.
(Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) bergambar bersama para pesilat sempena
Festival Gendang Silat Tradisi Negeri Sembilan/BERNAMA)
"Gendang Silat bukanlah sekadar seni pertunjukan seni bela diri, tetapi ia merupakan warisan tradisi yang sangat berharga. Ia mencerminkan keindahan seni tempur tradisional Melayu dan juga suatu bentuk seni yang penuh dengan keanggunan dan kekuatan", katanya.
Beliau berucap demikian pada Festival Gendang Silat Tradisi Negeri Sembilan 2023 di Seremban.
Festival yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan seramai 320 peserta dari seluruh negara.