fb fb fb fb fb

Festival Floria Diraja Putrajaya 2022: Pupuk semangat perpaduan Keluarga Malaysia

(Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini (dua dari kiri) pada Program Memasak Citarasa Floria di Putrajaya)

PUTRAJAYA, 2 September- Penganjuran festival Floria Diraja Putrajaya 2022 dilihat berkesan dalam memupuk semangat perpaduan Keluarga Malaysia.

Ia sekali gus, memberi gambaran positif kepada negara luar untuk menikmati keindahan dan keamanan yang dikecapi negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin berpandangan, selain menzahirkan rasa cinta kepada bunga dan tumbuhan, penganjurannya turut menghimpunkan anggota masyarakat untuk saling mengormati dan mengasihi antara satu sama lain.

"Sebenarnya penganjuran Festival Floria Diraja Putrajaya ini akan menarik pengunjung tidak kira seluruh Malaysia yang datang ramai-ramai ke sini dan kita nampak rakyat Malaysia bersatu padu menikmati keindahan dan keamanan Malaysia," katanya.


(Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin)

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Memasak Citarasa Floria di Putrajaya.

Antara menu yang dimasak oleh isteri Perdana Menteri, ialah Nasi Minyak Teh Bunga dan Ikan Senangin Sambal Bunga Kantan.

Media Baharu