fb fb fb fb fb

Musim cuti sekolah penumpang pekhidmatan feri meningkat

KEDAH, 9 September- Lebih 25,000 penumpang menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Penumpang Kuala Kedah untuk ke Langkawi sempena cuti umum lalu dan cuti persekolahan .

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn.Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata ia melibatkan 45 perjalanan feri dari tempoh 30 Ogos sehingga hari ini.

Katanya perjalanan feri dari jeti penumpang Kuala Kedah tidak banyak antaranya lima hingga enam perjalanan sehari berbanding di Jeti Penumpang Kuala Perlis mencapai 21 hingga 24 feri sehari bergantung permintaan.


(Orang ramai mengambil peluang cuti sekolah untuk membawa anak menaiki feri ke Langkawi)

Tiket untuk ke Langkawi setiap hari dari jeti tersebut penuh sejak 30 Ogos lalu, namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana tiket masih boleh diperolehi sehingga hari Ahad ini untuk musik cuti sekolah ini.

Sementara itu, tinjauan RTM mendapati rata-rata penumpang mematuhi penguatkuasaan pemakaian pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam tersebut.

"Kalau kena pakai, kita pakailah, kalau tidak pakai pilihan sendiri," kata Kamariah Adnan.

"Tentang pemakaian pelitup muka terpulang kepada individu bagi yang rasa untuk menjaga dan menghindar dari penyakit lebih baik pakai sahaja, tapi kalau kerajaan umumkan lagi yang baru punya peraturan, kita lagi bebas hendak pakai atau tidak," kata guru yoga Carmen Teoh.


"Setakat hari ini terpulang kepada individu, tapi kerajaan menggalakkan pemakaian pelitup muka terpulang kalau hendak ambil risiko. Kita harap di sini pakailah pelitup muka untuk keselamatan bersama dalam terminal feri ini," kata Hishamudin Hashim.

Rabu lalu, kerajaan masih mewajibkan pemakaian pelitup muka masih di fasiliti kesihatan, dan beberapa tempat lain di negara ini.

Media Baharu