fb fb fb fb fb

FELDA Jengka berjaya lahirkan 2,091 usahawan dengan pendapatan RM151 Juta

Foto RTM

MARAN, 8 Disember-Felda Wilayah Jengka berjaya melahirkan seramai 2,091 usahawan dengan mencatat pulangan pendapatan sebanyak RM151 juta sehingga akhir November lepas.

Pengarahnya, Mohd Termizi Lee berkata, bilangan usahawan itu berjaya merangsang sektor ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Untuk keseluruhan Felda Wilayah Jengka setakat ini sehinggah kini kita ada lebih kurang 2091 usahawan di kalangan belia dan warga perneroka itu sendiri dengan nilai pendapatan memcecah RM151 juta.

"Untuk tahun 2024 sahaja sehingga November pendapatan yang ada dalam rekod Felda Wilayah Jengka memcecah RM121 juta", katanya di sini.

Menurutnya, Felda terus komited bagi melahirkan lebih ramai usahawan dengan mewujudkan Tabung Usahawan Belia Felda (TUBF) untuk memberi manfaat kepada belia Felda yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Selain itu, Felda turut mengadakan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sepanjang tempoh pembiayaan TUBF.

Sementara itu pemilik Kedai Jahit, Paan Mohd RafhanLamri @ Amri iaitu anak peneroka Felda 6 berkata, perniagaan itu dimulakan secara kecil-kecilan sejak tahun 2010, kini mempunyai dua cawangan dengan 15 pekerja.

"Sepanjang saya  berniaga, FELDA banyak bagi impak kerana dia (FELDA) ada banyak program untuk baju t-shirt ,untuk baju korporat.

" Di samping itu tempias tu kena kepada saya dengan adanya Felda dapat membantu peniaga seperti saya lah untuk lagi berkembang maju", katanya demikian ketika ditemui RTM.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD