fb fb fb fb fb

Fahmi santuni penduduk PPR Seri Cempaka, Pantai Dalam

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil membantu mengecat rumah pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sempena Program Jelajah Peduli Ummah Lembah Pantai 2024 di PPR Seri Cempaka hari ini/ Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa melawat sekitar projek perumahan rakyat (PPR) Seri Cempaka, di Pantai Dalam hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turun padang menyantuni sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di unit kediaman mereka.

Dalam sesi pertemuan itu, beliau sempat beramah mesra kira-kira setengah jam bersama-sama pasangan itu, Mohd Hairi Ismail dan Rosnita Lah masing-masing bekerja sebagai juru urut di sebuah premis di Ibu Negara.

Pasangan itu menerima bantuan mengecat semula rumah menerusi Program Ziarah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) dengan kerjasama Parlimen Lembah Pantai.

Fahmi Fadzil seterusnya menyantuni penduduk sekitar dan kanak-kanak OKU Autism bersempena Program Kenduri Rakyat di IWK Eco Park.

TETITIA YUSOFF