fb fb fb fb fb

Fasa peralihan monsun bermula hari ini, orang ramai diingatkan berwaspada

Foto fail

KUALA LUMPUR, 30 September- Fasa peralihan monsun yang bermula hari ini dan berlanjutan sehingga November merupakan fenomena cuaca biasa di negara ini.

Bagaimanapun, Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu, Chung Jing Xiang, menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada sepanjang tempoh tersebut.

Jelas beliau, fasa berkenaan berpotensi menyebabkan cuaca tidak menentu termasuk hujan lebat dan banjir kilat yang boleh mengakibatkan kejadian pokok tumbang dan kepala air.

“Kekuatan hujan berbeza mengikut lokasi. Biasanya cuaca tidak menentu, siang kering tetapi petang boleh hujan lebat. Faktor seperti ENSO atau gangguan atmosfera iaitu taufan jauh boleh mempengaruhi corak hujan di Malaysia.

Kesan setempat seperti bayu laut dan bayu darat juga menyumbang kepada pembentukan hujan petang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN