SEKINCHAN, 14 Disember-Fantasi Land di Pantai Redang, Sekinchan akan menjadi tarikan pelancongan baharu, sekali gus menjadikan kawasan itu lebih meriah.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim, pembinaannya adalah sebahagian persediaan sempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025.
"Kita menyasarkan seramai 8 juta pelancong untuk Tahun Melawat Selangor 2025.
"Ini merupakan salah satu tarikan menarik untuk pelancong berkunjung ke Pantai Redang, selain menikmati keindahan pantai dan kepelbagaian keunikan yang terdapat di sini," katanya semasa merasmikan Fantasi Land, di Pantai Redang, Sekinchan hari ini.
Melalui Fantasi Land, ia diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Pantai Redang.
Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengarah Selangor FM, Zulkifli Mohd.