fb fb fb fb fb

FAMA tingkat import kelapa 30% bagi stabilkan bekalan

FOTO FAIL

PASIR PUTEH, 23 Februari - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah meningkatkan 30 peratus import bekalan kelapa bermula bulan lalu bagi menampung kekurangan bekalan kelapa di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Abdul Rashid Bahri berkata, sejak bulan lalu sebanyak 640 tan metrik kelapa dibawa masuk dari beberapa lokasi di Indonesia selain mempergiat pengeluaran di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu di jangka akan membantu menstabilkan bekalan kelapa dalam pasaran menjelang musim perayaan.
 
Jelas Abdul Rashid, kekurangan bekalan kelapa bukan hanya dialami di Malaysia, malah turut dihadapi banyak negara disebabkan musim melawas.
 
"Yang import ini kita tambah, kalau dulu kita import daripada satu kawasan di Kepulauan Riau, sekarang ini kita bawa lagi dari Palembang. Maknanya sudah ada dua sumber import dari Indonesia.

"Kedua kita pergiatkan semula dari Sabah dan Sarawak dalam masa sama juga dalam semenanjung pula kita bekerjasama dengan pihak Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)," kata Abdul Rashid.

Beliau di temui media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tembikai di Kampung Haji Wan Omar, di sini. Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah FAMA Kelantan Wan Faizatul Aniza Ismayatim.
 
Ketika ditanya berhubung dakwaan ada pembekal cuba menyeludup bekalan kelapa ke negara jiran Abdul Rashid berkata, setakat ini kesemua mereka yang ditahan itu adalah berlesen.

TETITIA YUSOFF