fb fb fb fb fb

FAMA Melaka catat nilai jualan RM13 juta

UMBAI, 13 Oktober- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka mencatatkan nilai jualan sebanyak RM13 juta menerusi 27 outlet AgroBazaar Rakyat (ABR) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR) seluruh negeri itu, setakat 30 September lepas.

Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos berkata prestasi nilai jualan itu melebihi sasaran RM10 juta pada tahun ini dan dilihat mampu dicapai hingga RM15 juta menjelang hujung tahun ini.

"Jadi saya mengharapkan rakyat terus memberikan sambutan kepada outletĀ peruncitan FAMA. Bermula 1 Januari sehingga Disember tahun lalu, sasaran kita tercapai kerana tahun lepas kita menyasarkan nilai jualan sebanyak RM8 juta, jadi tahun ini kita target sehingga September kita telah mendapat RM13 juta. Saya berharap nilai jualan itu meningkat sehingga ke hujung tahun ini," katanya selepas melancarkan program Go Cashless@ABR di Pekan Umbai.

Dalam pada itu, Hairudin berkata pihaknya menyasarkan kesemua outlet menggunakan platform e-pembayaran pada tahun depan dalam menggalakkan usahawan beralih kepada kemudahan jualan tanpa tunai seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

FAMA menawarkan kombo percuma bernilai RM15 bagi barangan tepung, gula dan minyak untuk pembelian secara e-tunai kepada pengunjung.


(FAMA menawarkan kombo percuma bernilai RM15 bagi barangan tepung, gula
dan minyak untuk pembelian secara e-tunai kepada pengunjung.)

Media Baharu