fb fb fb fb fb

Pendidikan dan kemiskinan fokus utama calon PRU di Perlis

KANGAR, 12 November- Sektor pendidikan menjadi fokus utama di sekitar Dun N13 Guar Sanji.

Aspek pendidikan perlu menjadi keutamaan sebagai usaha membangunkan sosioekonomi kawasan berkenaan.

Calon Barisan Nasional (BN), Rozieana Ahmad ketika ditemui berkata, perkara berkenaan perlu diberi perhatian demi kesejahteraan rakyat.

Tambah beliau, selepas COVID-19, tahap pendidikan pelajar perlu dibangunkan semula termasuk mereka yang tercicir dan memperoleh keputusan yang kurang memuaskan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu.

"Kalau boleh kita hendak pelajar-pelajar ini jangan buang masa, terus cari apa kemahiran yang sesuai dengan kemahiran mereka, kepakaran yang mereka ada untuk mereka masuk ke pusat-pusat kemahiran. Bila dapat sijil mereka boleh sambung belajar, di sini kita boleh pastikan, bila ada kemahiran dapat upah atau gaji yang jauh lebih tinggi daripada kita yang penjawat awam ini," beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat lawatan ke rumah warga emas sekitar Guar Sanji, di Arau.

Di Simpang Empat pula, faktor kemiskinan menjadi fokus utama bagi calon BN DUN N14, NurulHisyam Yakoob.

(Foto fail)

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan beranggapan bagi membasmi kemiskinan, pendapatan masyarakat yang majoritinya adalah petani dan nelayan perlu dipertingkatkan.

"Kawasan sini mempunyai lebih 10,000 daftar pemilih di mana 90% daripadanya adalah pemilih berbangsa Melayu dengan lebih 3,000 pengundi muda," katanya.

Media Baharu