fb fb fb fb fb

Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan

Fahmi Fadzil

KUCHING, 25 Mei- Kementerian Komunikasi akan mengadakan pertemuan dengan semua pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan itu dibuat susulan tindakan syarikat induk Facebook iaitu Meta Platforms Inc (Meta) yang menurunkan hantaran laporan berita oleh media di Malaysia mengenai pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Hasidah di Qatar pada 13 Mei lepas.

"Jadi pertemuan ini adalah bagi memberi penegasan mengenai beberapa perkara termasuk prinsip kebebasan media yang harus diberi kerjasama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di sini, hari ini.

Fahmi berkata, tindakan Meta adalah tidak wajar kerana syarikat itu sepatutnya lebih cakna mengenai perkara tersebut.

"MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) juga telah menghantar surat kepada pihak Meta untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka," katanya.

Terdahulu, Anwar pada Selasa lalu berkongsi beliau mengadakan pertemuan dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar.

Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.

SITI AISHAH MD ISA